Waktu Sekarang

Ruangan Pelawat

Bloger Pendokong PAS

Terbukti UMNO Tidak Islamik

Isu Lesen Judi Bola Sepak yang di luluskan oleh Kerajaan Pusat di bawah Pimpinan Najib Razak terbukti Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak berminat untuk melaksanakan Islam di Negara Malaysia. Yang agak peliknya Cina yang tidak beragama Islam turut membatah Lesen Judi Bola Sepak yang diluluskan oleh Kerajaan. Masyarakat Cina yang tidak beragama Islam lebih faham kesan judi kepada masyarakat berbanding Pimpinan UMNO yang beragama Islam. Kerajaan UMNO dan Barisan Nosional boleh mencipta beribu alasan untuk menghalalkan apa yang haram oleh Agama. Ini adalah budaya serta hasrat UMNO dan Barisan Nasional dari dulu lagi asalkan duit membujur lalu melintang patah. Kesan kepada Masyarakat tidak ada dalam kamus kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Kini sampailah masanya kepada Masyarakat untuk menilai siapa yang lebih bersunguh-sunguh untuk melaksanakan Islam dibumi Malaysia. Penghalang kepada syariat Islam dibumi Malaysia bukannya DAP, penghalang sebenarnya ialah Pimpinan UMNO yang beragama Islam. Mana Ustaz-Ustaz dalam UMNO yang faham tetang judi kenapa membisu seribu bahasa.

Lesen judi: Rakyat seluruh negara terus protes

Salhan K Ahmad, Puteri Aida Haryani & Zulaikha Zulkifli
Mei 21, 10
3:04pm

Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Perhimpuna
n berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang.

Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.

Tambahnya, beliau sendiri tidak sempat berucap kerana "ditarik" oleh pihak polis.

Katanya, peserta protes tersebut hanya sempat melaungkan slogan antaranya "Tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "Hancur Umno," sebelum dihentikan sekumpulan anggota polis.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri, termasuk ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan bagaimanapun sempat berucap ringkas.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru di Kuala Terengganu, perhimpunan 45 minit disertai ratusan orang difahamkan berjalan 'lancar dan tenang' selepas solat Jumaat.

Presiden PAS kurang sihat

Ketua penerangan pemuda PAS negeri Nik Zawawi Salleh berkata perhimpunan itu diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda PAS negeri, termasuk beliau.

Menurut Nik Zawawi, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dilaporkan akan menyertai perhimpunan itu bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana "kurang sihat".

Abdul Hadi hanya hadir membacakan khutbah di masjid tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada khutbah yang disampaikan Abdul Hadi turut mengulas berhubung isu lesen judi tersebut.

Nik Zawawi berkata, turut hadir ke perhimpunan itu Setiausaha Perhubungan PAS Yahya Ali dan ketua Pemuda PKR negeri (AMK) Faris Musa.

Manakala di Pulau Pinang perhimpunan di Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh dihadiri ratusan, kata ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah.

Selain memberikan risalah kepada umat Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat, kumpulan itu turut membawa sepanduk bertulis "Umno halalkan judi".

Turut serta ketua penerangannya Zakaria Hamzah, yang dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan serta ketua AMK negeri Amir Ghazali.

Yusni berkata hanya sebuah kenderaan peronda polis berada di situ bagi mengawasi perhimpunan selama kira-kira 40 minit di masjid berkenaan.

"Polis beredar selepas melihat keadaan terkawal", tambahnya lagi.

'Yes bola, no judi'

Di Negeri Sembilan pula, perhimpunan juga berjalan dengan aman di Masjid Negeri, Seremban, kata ketua pemuda PAS negeri Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Katanya, ratusan orang yang hadir di perhimpunan itu, termasuk daripada NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), yang membawa sepanduk bertulis "Judi bola haram" dan "Yes bola, no judi".

Perhimpunan itu turut disertai Pesuruhjaya PAS negeri Zulkifli Omar dan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyampaikan ucapan.

Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

Di Kajang, penganjurnya Mohd Shah Mior Kosim berkata kumpulan tersebut berkumpul selama kira-kira 30 minit di depan Masjid Jamek Bandar Kajang selepas solat Jumaat hari ini.

Per
himpunan yang disertai aktivis NGO Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diisi dengan ucapan beberapa pemimpin PAS kawasan Hulu Langat dan Pemuda PAS Selangor.

Mohd Shah berkata walaupun penganjur tidak menyelaraskan bahan kempen, terdapat peserta yang mengambil inisiatif membawa poster, antaranya bertulis "Tak nak judi bola" dan "Judi bola haram."

13 orang sahaja di Hulu Selangor


"Kita akan anjurkan satu lagi protes sama minggu depan, kita harap akan ada penyertaan lebih besar," katanya lagi kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Kapar pula agak berbeza apabila bantahan hanya diadakan melalui sebaran risalah bantahan kepada jemaah masjid, yang dipetik daripada blog-blog.

Ketua pemuda PAS kawasan Haidar Taslim berkata sebanyak 2,000 risalah diedarkan di masjid As-Syarif, Meru selepas solat Jumaat tadi.

Sementara di Masjid As-Syukriah, Kampung Desir Tengah di Hulu Selangor keadaan 'menyedihkan' apabila difahamkan hanya 13 orang hadir dalam perhimpunan ringkas 15 minit.

Nazir masjid itu, Sukurillah Ri berkata, anak kariah kampung itu kelihatan membawa sepanduk bertulis 'Kami ajk masjid membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi oleh kerajaan persekutuan'.

Berhubung 'kelesuan' bantahan di sekitar Selangor, ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kelewatan memberi arahan mungkin menyebabkan kurangnya sambutan daripada para penyokongnya.

"Insya-Allah, minggu depan akan lebih baik dari hari ini dengan persiapan yang lebih lengkap," katanya.

Nota: Gambar-gambar di atas dirakamkan di sekitar masjid di Pulau Pinang dan Perak sahaja.


Lesen judi ajar rakyat 'kencing berlari'
Mei 22, 10 10:07am

Exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali menggesa kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi bola Sepak kepada Kumpulan Berjaya serta merta kerana dikhuatiri mengundang gejala negatif.

Katanya, tindakan kerajaan "mengiktiraf perjudian" akan memberikan kesan buruk dan membimbangkan, khususnya generasi muda.

"Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar (judi) ini akan menjadi seperti pepatah 'guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'.

"(Jadi) jangan marah kalau rakyatnya, terutama sekali pelajar muda 'kencing berlari'," kata Dr Halimah.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Halimah yang juga pengerusi jawatankuasa menangani masalah sosial Selangor berkata penglibatan dalam aktiviti perjudian menyebabkan pelbagai kesan langsung kepada sesebuah keluarga.

"Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah (yang) kompleks, yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa.

"Ini (baru) perjudian kecil-kecilan," katanya lagi.

Lagi Bantahan dari Pejuang Islam sejati

Judi: Demo dari kg Awang Adek sampai istana negara
Jimadie Shah Othman
Mei 22, 10
3:29pm

Selepas berdemonstrasi di lima negeri semalam, Pemuda PAS mahu menggiatkan lagi bantahan terhadap lesen judi bola sepak, termasuk berhimpun di kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Ketua pemudanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menggerakan kira-kira 5,000 orang bagi membanjiri Masjid Kampung Repek di Bachok, Kelantan pada 28 Mei, selepas solat Jumaat.

"Kita jangkakan 5,000 akan hadir. Oleh kerana ini bantahan daripada (rakyat) Pantai Timur, kita akan bawa bersama (peserta) daripada Terengganu dan Pahang," katanya.

PAS semalam mengadakan perhimpunan 'pemanas badan' di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Perhimpunan terbesar dipercayai di Perak dengan penglibatan kira-kira 300 orang, termasuk masyarakat bukan Islam.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan itu Kuala Lumpur hari ini, Nasrudin berkata perhimpunan di kampung Awang Adek itu hanyalah sebahagian daripada bantahan awal mereka.

Pemuda PAS dengan kerjasama rakan Pakatan Rakyat akan turut mengadakan empat lagi demonstrasi di seluruh negara pada masa yang sama, tambahnya.

Menurut Nasrudin, ia akan turut diadakan Melaka, Pahang, Perlis dan sekali lagi di Selangor pada tarikh dan masa yang sama.

Sementara itu, pemimpin Pemuda yang turut menggemari permainan bola sepak itu juga memberitahu fasa kedua kempen bantahan mereka akan dimulakan Selasa depan melalui pertemuan dengan mufti dan menteri besar di seluruh negara.

Kita akan suarakan perkara ini kepada pihak mufti dan diharapkan mereka dapat membawanya ke persidangan mufti kebangsaan," katanya sambil mengkritik sikap 'diam' golongan agama terhadap tindakan terbaru kerajaan itu.

"Kemuncaknya pada 3 Julai ini. Kita akan mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat bagi menyerahkan memorandum (bantahan) Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun piala dunia akan tamat pada 11 Julai, tetapi sasaran kita, kita tidak mahu pemberian lesen judi ini juga melibatkan Liga Inggeris, La Liga (Sepanyol), Sirie A (Itali) dan Bundes Liga (Jerman)."

Ditanya sama ada pihaknya akan memohon permit berhimpun bagi tujuan itu, Nasrudin menjawab pihaknya hanya akan menghantar surat makluman kepada pihak polis.

"Terpulanglan pada mereka. Tetapi kami akan tetap berhimpun sebab perkara ini (perjudian)sesuatu yang mungkar," jelas Nasrudin.

Sementara itu, Nasrudin hari ini membuat desakan 'drastik' terhadap kerajaan supaya membatalkan terus undi pos dalam di pelbagai peringkat kerana mendakwa ia "terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan".

"Walaupun kita menang di Sibu baru-baru ini, tetapi kita tidak hipokrit. Kita tetap dengan pendirian kita bahawa undi pos tidak lagi relevan di zaman ini," katanya.

Dalam pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei lalu, walaupun undi popular untuk rakan PAS dalam Pakatan - DAP - mencapai 50 peratus, tetapi mereka ketinggalan teruk dalam undi pos apabila hanya meraih 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Tahniah kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi walaupun lambat bersuara namun begitu beliau memahami inplikasi judi dalam Masyarakat. Semuga dengan kenyataan beliau dapat membuka mata kaki-kaki judi dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Pak Lah: Judi bola tak dapat diterima
Mei 22, 10 5:04pm

Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai cubaan menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam, Abdullah berkata perkara itu perlu dibendung.

"Saya harap tak ada orang yang ikut dan percaya dengan kata-kata bekas pengikut kumpulan itu," katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bekas pengikut kumpulan itu mendakwa pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya, yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas, kononnya cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu Rasmi PAS

Sajak Pesang Ayoh

About Me

Foto Saya
MUSLIMAT PAS CAWANGAN LUBUK KAWAH
Markaz PAS Cawangan Lubuk Kawah, Jerteh, Terengganu, Malaysia
Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah mula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan kepimpinan pertama diterajui oleh Almarhumah Puan Hajah Fatimah Binti HJ. Jusoh atau lebih mesra dikenali dengan nama Mok Su Aji. Sayap Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah telah bergerak aktif dalam membantu PAS Cawangan Lubuk Kawah khususnya dan PAS Dun Hulu Besut amnya dalam gerak kerja Pilihanraya. Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah boleh dihubungi melalui Email muslimatlk@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

Bloger PAS

Pengikut