Waktu Sekarang

Ruangan Pelawat

Bloger Pendokong PAS

'Di manakah Anwar Ibrahim? Ketika Video Sex Dirakam

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel. Dengan kenyataan ini menafikan kenyataan Utusan Malaysia dan News Straits Times yang mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: “Inshaallah”
1049 malam: “That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam: “Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM”
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

Dengan bukti-bukti yang dikemukkan jelas mengambarkan UMNO Parti Fitnah Semalaysia Kenapa ini dilakukan oleh UMNO sudah pasti kerana Pilihanraya DUN Sarawak, UMNO cukup tertekan dengan tawaran Buku Jingga kepada Rakyat. Nampaknya Pengarah Filem Drama UMNO kali ini tak menjadi untuk memerangkapkan Pakatan Rakyat. Pesan kepada Pengundi Dun Sarawak "Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia Hancurkan Parti Fitnah".









0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu Rasmi PAS

Sajak Pesang Ayoh

About Me

Foto Saya
MUSLIMAT PAS CAWANGAN LUBUK KAWAH
Markaz PAS Cawangan Lubuk Kawah, Jerteh, Terengganu, Malaysia
Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah mula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan kepimpinan pertama diterajui oleh Almarhumah Puan Hajah Fatimah Binti HJ. Jusoh atau lebih mesra dikenali dengan nama Mok Su Aji. Sayap Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah telah bergerak aktif dalam membantu PAS Cawangan Lubuk Kawah khususnya dan PAS Dun Hulu Besut amnya dalam gerak kerja Pilihanraya. Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah boleh dihubungi melalui Email muslimatlk@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

Bloger PAS

Pengikut