Waktu Sekarang

Ruangan Pelawat

Bloger Pendokong PAS

UMNO Di Penghujung Usia

Muktamar PAS sudah berlalu dengan Kepimpinan baru bertemakan Membangun Negara Berkebajikan, ternyata dengan kepimpinan baru dengan tema Membangun Negara Berkebajikan mengusarkan UMNO dan BN dengan membuat andaian dan fitnah terhadap PAS, terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan PAS dan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri. Fitnah ini telah disangkal oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Katanya “Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri,”

Berkaitan Negara Berkebajikan UMNO mendakwa itu lah yang diperjuangkan oleh UMNO dan sudah dinikmati oleh rakyat dengan mengambil contoh pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak. Tak perlu di ulas lanjut hal-hal yang di banggakan oleh UMNO dan BN ini kerana Rakyat tahu tiada yang percuma, kalau ada pun hanya tak lebih dari mengaburi mata Rakyat. Kesan dari Negara Berkebajikan ciptaan UMNO kini Rakyat dihimpit dengan kenaikkan harga barang dan kenaikkan bil elektrik yang TNB diurus oleh Syarikat berkaitan Kerajaan.

Menurut Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal. “Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,”

Menurut beliau tanggapan Najib dan Muhyiddin bahawa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan menzahirkan kecetekkan minda mereka. “Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek. “Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara di dunia ini adalah negara kebajikan,” Beliau berkata negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.

Menurut Mohamad Sabu Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS. “Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.

Dengar apa kata Perwakilan UMNO tentang Negara Kebajikan ala UMNO.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu Rasmi PAS

Sajak Pesang Ayoh

About Me

Foto Saya
MUSLIMAT PAS CAWANGAN LUBUK KAWAH
Markaz PAS Cawangan Lubuk Kawah, Jerteh, Terengganu, Malaysia
Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah mula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan kepimpinan pertama diterajui oleh Almarhumah Puan Hajah Fatimah Binti HJ. Jusoh atau lebih mesra dikenali dengan nama Mok Su Aji. Sayap Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah telah bergerak aktif dalam membantu PAS Cawangan Lubuk Kawah khususnya dan PAS Dun Hulu Besut amnya dalam gerak kerja Pilihanraya. Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah boleh dihubungi melalui Email muslimatlk@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

Bloger PAS

Pengikut