Waktu Sekarang
Ruangan Pelawat
Blogroll PAS
Akhbar
Labels
- AJK Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah Sessi 2013/2015 (1)
- AJK Muslimat Penggal 2009-2011 (1)
- AJK PAS Pusat (1)
- AJK Pemuda PAS Pusat (1)
- Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah (1)
- Bersih 2.0 (1)
- bukan polis (1)
- Cukai GST (1)
- Fitnah 2 (1)
- Kita lawan sistem p’raya kotor (1)
- Lihat Dr. Mahathir Permain Islam (1)
- Negara Diktator (1)
- PAS Ganti UMNO Besut (1)
- Peranan Muslimat (1)
- Pesang Ayoh (1)
- Pimpinan PAS Pusat 2011-2013 (1)
- PR Ganti BN (1)
- Terengganu Juara Piala FA 2011 (1)
- UMNO dan Judi (1)
- UMNO Dangkal (1)
- UMNO Keresahan (1)
Bloger Pendokong PAS
-
Cerita Seram Orang Hospital - Cerita Seram Orang Hospital Lain macam bila misi dan mereka yang bekerja di hospital mula berkongsi cerita. Bukan cerita yang dibuat-buat untuk menakutkan ...3 minggu yang lalu
-
Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI - EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah syarikat ...8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
-
Nak Jadi Menantu Ye? Full Movie - *Kategori:* *Telemovie* *Tahun:* 2017 *Tonton ►* *Download ▼* *Slot: RTM1 *9 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...10 tahun yang lalu
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan - Setelah teka-teki demi teka-teki, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akhirnya mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan disandangnya itu. “Saya be...11 tahun yang lalu
-
Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim - PRESIDEN PAS DISAMBUT TARIAN SINGA KUALA KRAU: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sahaja kekal dicalonkan sebagai Presiden untuk ses...11 tahun yang lalu
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....12 tahun yang lalu
-
Komen Lim Guan Eng..atas Temberang UMNO MamakLayu Penang.. - Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.3.2012 *Tidak Akan Komen Mengenai Fitnah Pemuda UMNO Pulau Pin...14 tahun yang lalu
-
-
-
MP PAS Online
Najib hairan PAS baru terfikir negara kebajikan
Bernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.
Beliau berkata, penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA sudah menepati ciri kebajikan yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama. "Saya pelik dan ajaib, ada yang mencanangkan negara kebajikan...mereka baru terfikir?" katanya ketika merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di Putrajaya hari ini.
Kalau Datuk Seri Najib Razak pelik dan ajaib dengan Slogan baru PAS Membangun Negara Kebajikan yang dikatanya mengambil model yang telah dilaksanakan oleh BN, kami lagi pelik dan ajaib dengan Negara Kebajikan ala UMNO BN ini kerana semenjak dari Perdana Menteri Pertama hingga sekarang index rasuah semakin meningkat. Kalau dulu dalam zaman mengisi kemerdekaan index rasuah berada dalam tangga ke 20 kini dalam era pemerintahan Najib Razak index rasuah telah meningkat ke tangga 56.
Kami juga pelik dan ajaib dengan penubuhan Felda dan Felcra bertujuan untuk membantu Rakyat tetapi apa yang terjadi membebankan Rakyat dengan hutang akibat dari pengurusan yang tidak cekap, ada Felda dan Felcra yang sehingga sekarang belum diberi hak milik kepada peneroka kerana hutang belum dilangsaikan.
Lebih pelik dan ajaib media dikongkong, tugas media mengapu Kerajaan dan menghetam Pembakang, tiada satu pun yang tidak baik yang dilakukan oleh Kerajaan walaupun banyak rancangan dan prancangan yang dilakukan oleh Kerajaan menyusahkan Rakyat. Hatta penyebaran video lucah, kenaikan takrif elektrik, kenaikan harga barang semua nya baik bagi kerajaan dan bagi pembangkang semua tidak baik walaupun Rakyat dibentangkan dengan buku jingga hala tuju pemerintahan Pakatan Rakyat jika diberi mandat memerintah dalam PRU 13 nanti, Janji menurunkan harga minyak dan membantu rakayat miskin semuanya tidak baik.
Meminjam kata-kata Timbalan Presiden PAS Hj. Mohamad Sabu Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal. “Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,”
Najib hairan PAS baru terfikir negara kebajikan
Peringatan : Takrif Elektrik Naik Mulai 1 Jun 2011

Kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada 33.54sen/kwj daripada 31.31sen/kwj iaitu kenaikan sebanyak 2.23sen/kwj (7 peratus), berkuatkuasa 1 Jun 2011.
Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya
Langkah-langkah menjimatkan elektrik
1. Jangan letak makanan panas di dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Elakkan mengunakan peti sejuk dengan ini boleh menjimatkan bil elektrik anda.2. Matikan suis peralatan elektrik jika tidak digunakan mood standby pada peralatan elektrik masih mengunakan tenaga elektrik. Elakkan menontong TV yang banyak menabur fitnah kepada PAS sejak akhir-akhir ini secara tidak langsong boleh menjimatkan bil elektrik anda.
3. Tetapkan suhu pada penyaman udara sekitar 24 ke 27 darjah celcius dan bagi pemanas mandian laraskan pada tahap kepanasan semaksimun yang boleh. Tidor tak payah pakai penyaman udara dan mandi mengunakan air sejuk sahaja dengan ini boleh menjimatkan bil elektrik anda.
4. Elakkan mengunakan lampu filamen dan bertukar kepada lampu kalimantang atau safe energy. Tidor awal akan menjimatkan bil elektrik anda
5. Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika (menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa). Ini kerana, seterika menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk memanaskanya. Gunakan sterika arang untuk mengosok pakaian boleh mebjimatkan bil elektrik anda
Tukar Kerajaan dalam PRU Ke 13 Nanti Langkah Terbaik Untuk Membangun Negara Berkebajikan. PAS Ganti UMNO, Pakatan Rakyat Ganti Barisan Nasional ( PR Ganti BN ).
Peringatan : Takrif Elektrik Naik Mulai 1 Jun 2011
Peranan Muslimat
Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.
Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang bermaksud:
Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.
MUSLIMAH DALAM HARAKAH ISLAMIAH
Khadijah binti Khuwailid r.ha salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalah Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau, iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman, jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan, gigih, berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi perangsang kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai tribulasi dari kaum kafir Qurais Makkah ketika itu.
Dalam melaksanakan urusan rumahtangga, Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dipenuhi sesempurnanya. Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman adamai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih payah suaminya berdakwah.
Sayyidah Khadijah merupakan contoh yang terbaik dalam menyintai dan memuliakan suaminya serta mengutamakan terhadapan apa yang beliau senangi. Ketika beliau dapati suaminya terlalu cinta kepada bekas hambanya Zaid Bin Harithah, dia memuliakannya. Begitu juga sewaktu beliau mengetahui nabi ingin menanggung salah seorang anak bapa saudaranya iaitu, Ali, beliau menerimannya dengan senang hati yang terbuka serta mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Dengan ini Sayyidah Khadijah memberi kesempatan yang berharga kepada Ali dan Zaid untuk mempelajari akhlak suaminya, Mmuhammad s.a.w, Maka ketika nabi diutus untuk menyampaikan agama yang terakhir dengan mengajak keduanya untuk beriman, Ali dan Zaid bin Harithah telah beriman dan menjadi sebaik-baik pembela nabi.
Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w mula mengalami peristiwa penerimaan wahyu, baginda merasai bimbang dan takut, lalu Sayyidah Khadijah memujuknya dan memberi kepadanya pengharapan. Rasulullah s.a.w bersabda ertinya:
Aku takut sesuatu berlaku ke atas diriku
Kemudian Khadijah memujuk baginda dan berkata:
Tidak sama sekali, demi Allah ia tidak mengapa-apakan engkau selama-lamanya. Engkau seorang yang menghubungkan silaturrahim, menanggung kesusahan untuk menolong orang yang memerlukan, mendapat pendapatan untuk orang yang tidak berpendapatan, memuliakan tetamu dan menolong ketika sesuatu kejadian
Sayyidah Khadijah bukan sekadar menghiburkan hati Rasulullah s.a.w dan memberikan kepada Baginda harapan dengan kata-kata itu, bahkan Khadijah membawa baginda menemui sepupunya Waraqah bin Naufal, seorang penganut agama Nasrani yang menjadi penulis kitab Injil dan mengetahui mengenai pengalaman nabi-nabi terdahulu. Daripada Waraqah, baginda menyedari bahawa pengalaman yang dialaminya adalah pengalaman nabi-nabi terdahulu dan merupakan berita baik kepada seluruh manusia. Bagindalah insan yang dipilih oleh Allah s.a.w sebagai nabi akhir zaman.
Khadijah merupakan wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai wanita yang berada, beliau mengorbankan seluruh kepentingan kebendaannya untuk tujuan dakwah Islam serta membantu Rasulullah s.a.w menjalankan tugas dakwahnya. Sebagai seorang wanita yang berpengaruh, beliau menggunakan pengaruhnya untuk melindungi Rasulullah s.a.w sewaktu dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah mula dimusuhi oleh orang-orang Qurais. Kaum Qurais mengambil tindakan memulaukan keluarga Bani Hashim dan orang-orang Islam dengan memutuskan hubungan ekonomi dan sosial dengan mereka. Sayyidah Khadijah tetap bersama di dalam perjuangan suaminya walaupun terpaksa mengalami penderitaan akibat daripada pemulauan tersebut sehingga menjejaskan kesihatannya.
Kesan daripada pemulauan ini menyebabkan penyakitnya bertambah tenat akhirnya beliau pulang ke Rahmatullah. Pada tahun yang sama, bapa saudara rasulullah s.a.w iaitu Abu Talib juga meninggal dunia. Tahun ini dianggap tahun dukacita oleh Rasulullah kerana baginda kehilangan dua orang yang membantu dan melindungi baginda dari ancaman musuh-musuh Islam. Justeru kebaikan dan keprihatinan Khadijah yang begitu tinggi ini, sehinggakan tahun kematian beliau dan bapa saudara tersebut digelar sebagai Tahun Berdukacita oleh Rasulullah. Bahkan isteri baginda Aisyah r.ha mencemburui Khadijah, kerana walupun Khadijah telah tiada tetapi nabi masih menyebut-nyebut nama istimewa tersebut. Demikianlah hebatnya Siti Khadijah Al-Khuwailid r.ha isteri pertama Rasulullah s.a.w.
Sejarah perjuangan Islam telah mencatat bahawa suatu Jamaah penggerak dakwah islamiyyah yang ulung, iaitu merupakan safwah Al-Mukhtarah telah muncul pada permulaan dakwah Islam tersebut. Kemunculan mereka merupakan kebangkitan suatu ummah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri di tengah-tengah penguasaan wathaniyyah ke atas masyarakat manusia seluruhnya. Jumlah kumpulan ini kira-kira 60 orang dan seperempat daripada mereka terdiri daripada wanita-wanita. Di antara mereka ialah:
1. Ummu AL-Fadhl binti Harith
2. Asma binti Umais (isteri Jaafar bin Abi Talib)
3. Khadijah binti Khuwailid
4. Aminah binti Khalid (isteri Khalid bin Said)
5. Fatimah (isteri Abu Ahmad bin Jahsyin)
6. Asma (isteri Iyasy bin Abi Rabiah)
7. Sumayyah binti Khayyat (isteri Yasir bin Amir)
8. Fatimah binti Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)
9. Hafsah binti Umar (isteri Khurasi bin Huzafah)
10. Fatimah (isteri Khatib bin Al-Harith)
11. Fukaihah (isteri Khattab bin Al-Kharith)
12. Ramlah (isteri Abdullah bin Mazun)
Generasi awal yang menjadi pelopor dalam harakah Islamiyyah ini sentiasa berdiri teguh dalam perjuangan Islam. Mereka mempunyai keimanan yang kental dan tahap pengorbanan yang begitu tinggi.
Pengorbanan wanita dari kalangan generasi pelopor ini dapat dilihat dari kisah-kisah yang berlaku ke atas Sumayyah iaitu isteri Yasir dan ibu kepada Ammar. Beliau sekeluarga telah disiksa oleh orang-orang Qurais sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya, Yasir. Sewaktu mereka sedang disiksa, Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dengan mereka dan bersabda:
Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu adalah (penghuni) syurga
selain daripada Sumayyah, wanita-wanita yang tuurt disiksa ialah Zunairah Al-Nahdiyyah dan anak perempuannya serta Ummu Abyas. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang menganut agama Islam tanpa merasa gentar menghadapi siksaan tuan-tuan mereka.
Sewaktu tekanan dan siksaan ke atas orang-orang Islam memuncak, Rasulullah s.a.w memindahkan sebahagian daripada orang-orang Islam ke Habsyah. Termasuk di dalam rombongan itu ialah wanita-wanita Islam dari keluarga ternama yang berpengaruh seperti Ummu Habibah binti Abu Sufyan pada ketika itu ialah ketua orang-orang jahiliyyah yang juga memusuhi Islam.
MUSLIMAH SEBAGAI ISTERI DAN IBU DALAM PERJUANGAN ISLAM
Wanita Iislam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hari dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan metaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki.
Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di damping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.
Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat.
Wanita Islam juga mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih calon suami. Janganlah jadikan alasan suami membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi dalam perjuangan Islam. Suami yang dapat memberi kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagaimana Ummu Sulaim enggan menerima lamaran Abu Talhah kerana ia masih percaya kepada jahiliyyah. Ia menyuruh Abu Talhah meninggalkan alam jahiliyyah dan memeluk agama Islam. Gesaan ini memberi kesedaran kepada Abu Talhah dan akhirnya memilih Islam dan Ummu Sulaim.
Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibuyang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintimakan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, perkhemahan, jambori amal, ceramah dan muktamar mahu pun lain-lain program parti dan jamaah.
MUSLIMAH SEBAGAI PEMIMPIN DALAM JIHAD
Jihad dalam erti kata yang ringkas ialah perjuangan untuk mempertahankan kemurnian Islam sama ada pada diri sendiri, masyarakat dan negara. Pada zaman awal Islam, kaum muslimat terlibat di dalam berbagai-bagai bidang jihad. Contohnya dalam menguruskan rumahtangga sedang suami-suami mereka sibuk digelanggang jihad, maka di kala itu mereka melakukan kerja-kerja rumah dengan tangan-tangan mereka sendiri. puteri Rasullah s.a.w, Fatmah Az-Zahrah melakukan kerja rumah beliau tanpa pertolongan sesiapa, sehinggalah beliau terasa terlalu penat dan tangannya menjadi kasar. Saiyidina Ali meminta Fatimah memberitahu bapanya, Nabi Muhammad s.a.w agar dapat menyediakan seorang pembantu rumahtangga kepadanya.
Apabila beliau mengadu, Rasulullah s.a.w menasihatkan Fatimah r.ha supaya menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sepuluh kali setiap selepas solat dan Allah s.w.t akan memberikan kekuatan kepadanya menyelesaikan tugas-tugas rumahtangganya. Beliau berpuas hati dengan nasihat bapanya dan tidak pernah mengadi lagi selepas itu.
Pernah pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w mengunjungi puteri kesayangannya itu, baginda mendapati Fatimah memakai pakaian kasar yang diperbuat daripada bulu unta dan sedang mengisar gandum. Rasulullah s.a.w bersabda kepada puterinya:
Jika (kamu) berkehendakkan ganjaran yang baik di akhirat kelak, Fatimah harus melalui kepahitan hidup di dunia
dalam menghadapi situasi penyelewengan terhadap penghayatan Islam kini, jihad menerusi keilmuan adalah sangat penting. Ini kerana peranan muslimat untuk menimba ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain adalah sangat-sangat diharapkan bahkan mereka mampu berbuat demikian secara pro-aktif. Ini memandangkan sikap dan kegemaran kaum wanita yang suka berbual dan membincangkan permasalahan masyarakat sesama mereka. Maka potensi ini hendaklah dieksploitasi sebaik mungkin.
Kaum wanita juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu Islam kepada manusia seluruhnya kerana mereka adalah guru pertama kepada anak-anak mereka maka mereka hendaklah memahami bahawa peranan ilmu yang yang disampaikan itu juga bermatlamat menegakkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Tegasnya, peranan muslimah dengan lelaki dalam konteks untuk memantapkan jiwa, aqidah dan akhlak serta memperbetulkan masyarakat dari segala penyelewengan yang berlaku. Jelasnya, peranan mereka ialah berusaha untuk memperbetulkan manusia dengan memimpim mereka kearah kesempurnaan dan ketaatan mutlak kepada Allah s.w.t.
Disamping berjihad dalam bidang rumahtangga dan bidang keilmuan, wania Islam juga perlu melibatkan diri di dalam gerakan jihad menghadapi musuh-musuh Islam sebagaimana keberanian Ummu Abdullah berhadapan dengan Umar bin Al-Khattab sebelum beliau memeluk Islam. Ini merupakan contoh yang terus menjadi teladan kepada wanita Islam.
Muslimah juga seharusnya memahami dan sedar tentang kepentingan untuk menjaga strategi, kerahsiaan dan melindungi harakah. Muslimat mesti meyakini matlamat dan arah perjuangan yang mereka dokongi. Mereka jangan sekali-sekali mudah ditarik oleh anasir-anasir yang menyebabkan mereka lari daripada perjuangan yang diikuti selama ini.
PENYESUAIAN DIRI DALAM MASYARAKAT.
Sebahagian daripada wanita Islam kini mendapat pendidikan tinggi sehingga memiliki ijazah, pekerjaan dan pangkat yang baik, lalu tidak lagi memainkan peranan yang serius dalam kebangkitan semula Islam. Jika Islam terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan degil di dalam masyarakat jahiliyyah di masa dahulu, hari ini Islam terpaksa pula menghadapi cendekiawan barat termasuklah para orentalis yang mengkaji Islam dan berusaha untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam. Umpamanya mereka pernah mempertikaikan sekiranya terlaksananya dasar pemerintahan Islam dalam sesebuah negara, maka kaum wanita tidak bebas bergerak dan mereka akan diletakkan sebagai masyarakat kelas dua.
Pergaulan yang bebas lelaki perempuan adalah perkara yang lumrah di mana-mana. Malangnya hanya segelintir sahaja orang Islam yang bimbang akan permasalahan ini. Di pejabat-pejabat, gadis-gadis jelita diletakkan sebagai penyambut tetamu. Di pusat-pusat rekreasi, kita dapati pemuda-pemudi Islam tanpa segan silu lagi bermadu kasih. Kedai-kedai fesyen pakaian atau boutique menyediakan berbagai-bagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat untuk kaum wanita, wanita-wanita dijadikan sebagai bahan-bahan pengiklanan di tepi-tepi jalan dan sebagainya.
Dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, ramai kaum wanita sama ada yang berpelajaran atau buta huruf telah meninggalkan rumah untuk bekerja di pejabat, kilang atau ladang. Adakalanya sebahagian daripada mereka yang mempunyai anak tidak membuat keputusan wajar untuk meninggalkan anak-anak mereka kepada pengasuh yang benar-benar dapat memberikan pendidikan Islam dan membentuk syakhsiyyah Islamiyyah dalam diri anak-anak mereka.
Terdapat ibu-ibu bekerja atau yang melibatkan diri dengan terlalu banyak kegiatan-kegiatan di luar rumah mengabaikan langsung tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di dalam rumahtangga. Rumahtangga diserahkan kepada pembantu rumah. Akhirnya berlakulah keributan dalam rumahtangga. Suami yang lebih banyak bergaul dengan gadis-gadis di pejabat daripada di rumah mula mencari helah untuk mencari pasangan baru, manakala anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang akan melepaskan marahnya kepada masyarakat dengan menjadi golongan yang anti-sosial. Inilah pokok persoalan yang menjadi masalah kepada kita hari ini.
Satu hal yang perlu diambil kira oleh wanita Islam kini terutamanya yang terpaksa memikul dua tanggungjawab, iaitu tanggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab di rumah, mereka hendaklah memastikan kedua-dua tanggungjawab itu dilaksanakan sesempurna yang mungkin. Mereka perlu mendapat kerjasama dengan rakan di tempat kerja dan juga ahli keluarga. Misalnya di tempat kerja, ketua mereka perlu memahami bahawa kakitangan tersebut adalah seorang wanita yang mempunyai tugas di dalam rumahtangga. Begitu juga hali keluarga perlu memberi kerjasama, misalnya suami membantu isteri di dalam urusan rumahtangga.
Anak-anak perlu diberi kefahaman tentang tanggungjawab bersama di dalam rumahtangga. Hapuskan pegangan lama masyarakat yang menganggap tugas-tugas rumahtangga dipukul oleh isteri sahaja. padahal sirah Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan bahawa Rasulullah sendiri membantu isteri-isteri baginda di dalam urusan rumahtangga. Rasulullah pernah menampal sendiri kainnya yang koyak. Sebagai kesimpulannya, angkatan muslimah di dalam harakah Islamiyyah kini perlu diperkuatkan dengan perkara-perkara yang berikut:
1. Kefahaman Islam yang mendalam
2. Keikhlasan dan kejujuran
3. Pendidikan Ilmu dan harakah
4. Mengutamakan pendidikan keluarga dan rumahtangga mengikut Islam
5. Menanam semangat jihad
MENGORAK LANGKAH MEMIMPIN UMMAH
Mujahidah Islam
Peranan Muslimat
UMNO Di Penghujung Usia
Berkaitan Negara Berkebajikan UMNO mendakwa itu lah yang diperjuangkan oleh UMNO dan sudah dinikmati oleh rakyat dengan mengambil contoh pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak. Tak perlu di ulas lanjut hal-hal yang di banggakan oleh UMNO dan BN ini kerana Rakyat tahu tiada yang percuma, kalau ada pun hanya tak lebih dari mengaburi mata Rakyat. Kesan dari Negara Berkebajikan ciptaan UMNO kini Rakyat dihimpit dengan kenaikkan harga barang dan kenaikkan bil elektrik yang TNB diurus oleh Syarikat berkaitan Kerajaan.
Menurut Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal. “Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,”
Menurut beliau tanggapan Najib dan Muhyiddin bahawa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan menzahirkan kecetekkan minda mereka. “Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek. “Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara di dunia ini adalah negara kebajikan,” Beliau berkata negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.
Menurut Mohamad Sabu Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS. “Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.
Dengar apa kata Perwakilan UMNO tentang Negara Kebajikan ala UMNO.
UMNO Di Penghujung Usia
UMNO Keresahan
Ucapan Dasar Presiden
Pengumuman Kepimpinan PAS Pusat 2011 - 2013
Saf Kepimpinan PAS Pusat yang baru dipilih disifatkan sebagai Kabinet Pilihanraya kata Tuan Guru Presiden. Atas pengumuman ini menyebabkan UMNO dan BN keluh kesah kerana menandakan UMNO dan BN akan dikuburkan pada Pilihanraya akan datang oleh kerja kuat dan pengalaman Saff Kepimpinan yang baru dipilih oleh Perwakilan PAS. Kerana keluh kesah itu lah berbagai kenyataan dangkal telah dikeluarkan oleh Pemimpin UMNO dan BN melalui media arus perdana. Fitnah yang dilemparkan oleh UMNO BN yang mana disamakan PAS dengan Erdogan, Mengetepikan ulama dan kononnya PAS tidak lagi memperjuangkan Negara Islam kerana tunduk dengan kehendak DAP gara-gara Presiden PAS mengentengahkan ucapan dasar Membangun Negara Berkebajikan.
UMNO tidak perlu mengulas tentang Dasar dan kepimpinan PAS kerana Dasar dan kepimpinan PAS cukup jelas sebagaimana Perlembagaan PAS dan Disiplin pemimpin PAS dipantau oleh Dewan Ulamak. Dewan tertinggi dalam struktur organisasi PAS, Sepatutnya UMNO perlu memandang ke dalam Organisasi UMNO sendiri, apakah betul UMNO benar-benar sayang Ulamak dan Islam, juga apakah betul UMNO benar-benar menjaga Kebajikan Rakyat.
Bercakap tentang Islam, UMNO lebih 50 tahun berkawan dengan MCA dan MIC, dalam tempoh tersebut MCA dan MIC masih gagal memahami kehendak orang-orang Islam. Contoh isu bersalam lelaki dan perempuan, isu loteri kebajikan masyarakat, isu judi dan berbagai-bagai isu lagi. Selagi MCA dan MIC masih gagal memahami berkaitan Islam jangan harap UMNO dapat melaksanakan tuntutan Islam dalam pemerintahanya. 50 tahun adalah satu tempoh yang lebih daripada cukup untuk memahami orang-orang bukan Islam berkaitan kehendak sebuah Negara Islam. UMNO berdabik dada bahawa Negara ini adalah Negara Islam, UMNO perlu sedar Islam nya Negara ini adalah kerana mejoriti penduduk terdiri daripada orang Islam, bukan kerana dasar pemerintahan Negara sesuai dengan kehendak Islam. Berkaitan Negara Berkebajikan kerajaan UMNO BN, semua Rakyat tahu minyak semakin hari semakin naik, bil elektrik semakin hari semakin meningkat, barang keperluanharian semakin hari semakin mahal, kemudahan asasi rakyat, kesihatan, pelajaran dan lain-lain tiada yang percuma. Jika ada pun tidak lebih daripada mengaburi mata rakyat, cukai semakin hari semakin bertambah, saman semakin hari semakin mebebankan rakyat. Apakah ini yang dikatakan kebajikan kepada rakyat yang Kerajaan UMNO BN canangkan kepada Rakyat.
Beza PAS berkawan dengan bukan Islam, semua orang tahu DAP satu ketika dahulu sangat tidak dapat menerima Islam, tapi dalam tempoh 3 tahun PAS menyakinkan orang bukan Islam, berkaitan keadilan Islam kini DAP semakin memahami keadilan Islam, malah DAP lebih baik dari MCA dan MIC berkaitan isu-isu berkaitan Islam contoh nya isu bersalam lelaki dan perempuan serta isu judi. DAP turut menetang judi tidak sebagaimana MCA yang menyokong judi, Selain itu PAS dapat menarik sokongan orang bukan Islam untuk menyokong PAS dengan menubuhkan Dewan Himpunan PAS, ini mengambarkan PAS lebih berjaya menyedarkan masyarakat bukan Islam berkaitan keadilan Islam berbanding UMNO. PAS bersama bukan islam tampa mengadaikan dasar Islam, ini lah beza Parti Islam dengan Parti Sekular.
Secara kesimpulanya UMNO tak lebih daripada orang-orang yang dalam nazak yang merapu-rapu akibat dari kepanasan yang nyawanya dipenghujung usia.
Insyaalah dengan Saff kepimpinan ini cita-cita PAS untuk menganti UMNO akan menjadi kenyataan pada PRU 13 nanti. Undilah Pakatan Rakyat dan selamatkan Malaysia.
UMNO Keresahan
Cukai GST
Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.
Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.
Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber Website PAS
Cukai GST
Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah
Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. "Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya."Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya. Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.
"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. "Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.
Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. "Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya. Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah. "Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. "Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.
"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. "Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.
Sumber Malaysia Kini
Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah
Lagu Rasmi PAS
Sajak Pesang Ayoh
Rakan-Rakan Pakatan Rakyat
About Me
- MUSLIMAT PAS CAWANGAN LUBUK KAWAH
- Markaz PAS Cawangan Lubuk Kawah, Jerteh, Terengganu, Malaysia
- Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah mula ditubuhkan pada tahun 1985 dengan kepimpinan pertama diterajui oleh Almarhumah Puan Hajah Fatimah Binti HJ. Jusoh atau lebih mesra dikenali dengan nama Mok Su Aji. Sayap Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah telah bergerak aktif dalam membantu PAS Cawangan Lubuk Kawah khususnya dan PAS Dun Hulu Besut amnya dalam gerak kerja Pilihanraya. Muslimat PAS Cawangan Lubuk Kawah boleh dihubungi melalui Email muslimatlk@gmail.com
Bloger PAS
-
Sama tapi serupa!!! - Macam-macam la pemimpin kita hari ini tak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Yang terbaru mengenai kes salahguna dana RM100 juta dari Kementer...10 tahun yang lalu
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...11 tahun yang lalu
-
-
Pengajaran dari medan Tabuk - BANYAK peristiwa sirah yang boleh kita pelajari dari bulan Rajab. Selain himpunan pengajaran dalam peristiwa Israk Mikraj, peperangan Tabuk adalah antara ...13 tahun yang lalu
-
-
GAMBAR MENARIK YANG JARANG KITA DAPAT LIHAT, NAJIB MENGHISAP CURUT... - Najib sedang hisap curut Sultan Selangor menghulurkan tangan pada Rosmah Pak haji kita? Selanjutnya disini14 tahun yang lalu
-
Video & Gambar : Aktiviti Bermotor Sempena Santai Pemuda Bersama ARC Besut - Pendaftaran peserta Saf pimpinan Aktiviti bermotor Acara tarik tali Antara sebahagian hadirin Penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasaruddi...14 tahun yang lalu
-
LIVE: Dari Stadium Sultan Muhammad IV - Video streaming by Ustream Lintas langsung dari Stadium Sultan Muhammad IV..Ceramah Dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Dato Seri Anwar Ibrahim, Profe...14 tahun yang lalu
-
Pasca Bersih : Mat Zal cerita detik disepak terajang polis - KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS...15 tahun yang lalu
